seismik

“Abah Lorat” - Gadis Nak Record Angin Depan Rumah, Tapi Gelagat Ayah Pula Dapat Perhatian

Pak cik kenapa cute sangat?

Cover image via @maayyra_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ayah merupakan ketua keluarga yang sering dikaitkan dengan sifat garang ataupun tegas

Namun di sebalik ketegasan mereka itu, sudah pasti mereka mempunyai sisi lain seperti berjenaka dengan melakukan aksi-aksi spontan yang menghiburkan.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila gelagat seorang pak cik membuat lawak semasa angin kuat di laman rumahnya mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak tengah rakam suasana angin kuat depan rumah, tiba-tiba ayah masuk kamera buat lawak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maayyra_, kelihatan dia sedang merakam suasana petang di halaman rumahnya.

Kebetulan semasa itu angin di depan rumahnya agak kuat. Namun, ayahnya tiba-tiba muncul di dalam rakaman tersebut.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ayahnya berlakon seperti sedang ditiup angin yang kuat dan buat-buat jalan terhuyung-hayang macam nak terbang.

Ayah gadis itu sempat berkata "angin kuat, angin angin!" lalu membuatkan anaknya ketawa sakan melihat gelagat comel si ayah.

"Hahaha adoi pak cik, saja tengok ulang-ulang sebab pak cik hiburkan hati saya" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 217.9K tontonan, 30.4K tanda suka dan 1.6K perkongsian di TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan ayah gadis berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Perangai bapak-bapak kalau buat lawak memang macam ni ke? Sempoi je, terhibur betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: