Prank Mak Ayah TV Pecah Konon Kucing Buat, Tapi Reaksi Mereka Pula Yang Curi Tumpuan Ramai
Tak pasal-pasal kucing kena fitnah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je yang tak naik angin kalau balik rumah tiba-tiba dapat tahu televisyen (TV) pecah bukan?
Tambahan lagi jika TV itu baru dibeli atau sudah lama dipakai dan masih elok, sudah tentu pening kepala nak cari duit untuk repair tak pun terpaksa beli yang baru.
Baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan rakaman sepasang suami isteri telah diprank oleh anak-anak mereka menarik perhatian warganet.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Saja cakap kucing pecahkan TV, tapi reaksi mak dan ayah pula nampak tenang
Menerusi video yang dimuat naik oleh Zalikha Zulhaimi, kelihatan ibu dan ayahnya baru saja pulang dari membeli makanan untuk mereka sekeluarga.
Apa yang mengejutkan adalah sebaik saja masuk ke dalam rumah, mereka mendapati TV di ruang tamu itu sudah pecah kerana kelihatan warnanya sudah tidak sekata akibat retak seribu.
Namun, reaksi ibu dan ayah mereka dilihat tenang kerana diberitahu bahawa TV itu pecah gara-gara kucing peliharaan mereka yang menjadi punca.
Tetapi di akhir video, mereka memberitahu itu hanyalah prank dan ada kamera yang sedang merakam kejadian tersebut. Sekali gus ayah mereka spontan berkata "terajang nanti".
"Nasib cakap kucing, kalau cakap korang yang buat mahu kena belasah haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 849.1K views, 123.3K likes dan 2.4K shares di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat reaksi ibu dan ayah mereka yang sangat cool.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: