Selepas 12 Tahun Terbengkalai, Sekolah Sukan Malaysia Perlis Bakal Dibuka Jun 2027
Cantiknya bila dah siap!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas terbengkalai selama 12 tahun sejak 2013, projek Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis di Bukit Chabang, Padang Besar akhirnya bakal direalisasikan apabila dijangka mula beroperasi pada Jun 2027

Menurut laporan Sinar Bestari, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, sekolah berkenaan akan memulakan operasi dengan pengambilan seramai 75 pelajar Tingkatan Satu, terdiri daripada 52 lelaki dan 23 perempuan.
Menurutnya, kumpulan perintis itu akan menjalani latihan dalam enam jenis sukan iaitu badminton, bola jaring, bola sepak, memanah, olahraga dan sepak takraw.
Projek berkenaan dijangka siap tahun ini selepas diambil alih oleh syarikat milik kerajaan pada April 2025 atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengoperasian sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan penempatan pentadbir dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada Januari 2027, diikuti guru serta jurulatih pada Mac
Sesi pengenalpastian bakat pula dijadualkan berlangsung pada April 2027 bagi memilih pelajar yang mempunyai potensi dalam bidang sukan

Seramai 15 guru, 15 jurulatih dan 11 AKP akan ditempatkan bagi memastikan pembangunan pelajar merangkumi aspek akademik, sukan dan sahsiah.
Dalam pada itu, pelaksanaan Fasa 2 dengan peruntukan RM104 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan memperluas kapasiti sekolah serta menambah jenis sukan yang ditawarkan.
Mohammed Taufiq berkata, SSM Perlis bakal menjadi pusat kecemerlangan sukan bagi zon utara, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via