Bayaran Elaun Tugas Pentadbiran Sekolah Lebih 2,000 Guru Kanan Dihentikan Mulai Bulan Ini

Penggredan semula sekolah telah berkuat kuasa bermula 11 Januari 2026.

Cover ImageCover image via TVS & NSTP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Susulan penggredan semula sekolah, pembayaran Elaun Tugas Pentadbiran Sekolah (ETPS) kepada 2,504 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) sekolah menengah yang tidak lagi layak akan dihentikan mulai bulan ini

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) semalam, KPM turut memaklumkan kementerian itu akan membayar tunggakan ETPS kepada 1,356 GKMP di sekolah menengah yang bertukar taraf kepada Gred A, pada tahun hadapan.

Katanya, bagi 2,504 GKMP yang tidak lagi layak, KPM akan melaksanakan penyelarasan bayaran balik ETPS dan memastikan ia diuruskan secara berhemah supaya tidak membebankan guru terbabit.

"Kementerian memahami kebimbangan GKMP sekolah menengah berhubung ETPS susulan penggredan semula sekolah yang berkuat kuasa 11 Januari lalu.

"Penggredan semula sekolah dilaksanakan berdasarkan tiga kriteria iaitu enrolmen murid, bilangan penghuni asrama dan peringkat pendidikan.

"Berdasarkan penggredan ini, sekolah menengah kini terdiri daripada Gred A dan Gred B. Sebanyak 339 sekolah menengah naik kepada Gred A daripada Gred B, manakala 626 sekolah menengah turun daripada Gred A kepada Gred B," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blogspot

Hanya GKMP di sekolah menengah Gred A yang layak menerima ETPS sebanyak RM120 sebulan

Ia susulan penguatkuasaan peraturan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang memberi kesan kepada 3,860 penyandang GKMP.

KPM turut mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pihak kesatuan dari Mac hingga Julai lalu. Pada sesi berkenaan, kesatuan mencadangkan supaya rayuan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya GKMP sekolah menengah Gred B layak menerima ETPS.

"Berdasarkan cadangan itu, KPM mengemukakan surat rayuan pada 13 Ogos lalu. Bagaimanapun menerusi surat bertarikh 23 September lalu, JPA memaklumkan rayuan berkenaan tidak dapat dipertimbangkan," katanya.

Menurut KPM, kementerian menghargai sumbangan GKMP dalam menyelia mata pelajaran dan meningkatkan pencapaian akademik sekolah.

"KPM juga komited memelihara kebajikan guru dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kesatuan dan agensi berkaitan, demi kesejahteraan warga pendidik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS