[VIDEO] Pemuda Buat DIY Payung Guna Plastik Jenama Malaysia Ini Raih Tumpuan Wargamaya
Kreatif betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif apabila melibatkan challenge-challenge baru di media sosial
Terutamanya kini di TikTok, pelbagai tarian, nyanyian dan lakonan kita dapat lihat sehingga ada yang menjadi popular gara-gara salah satu video mereka viral.
Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular ini memaparkan seorang pemuda mencipta payung buatannya sendiri menggunakan plastik makanan mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Guna macam-macam jenama plastik makanan untuk jadikan payung
Menerusi perkongsian video daripada Ken Cheng, kelihatan dia sedang menggabungkan pelbagai jenis plastik makanan seperti ingin mencipta sesuatu.
Antara plastik makanan yang ada adalah jenama Twisties, Maggie, Ramly, Gardenia dan macam-macam lagi.
Rupa-rupanya pada akhir video tersebut, dia dilihat berjaya mencipta sekaki payung menggunakan barangan kitar semula dan siap posing di luar rumahnya.
"Dah boleh stay kat Japan dah abang ni. Sangat bijak recycle barang. So talented!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sehingga 941.6K views, 220.1K likes dan 6.2K shares di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa kagum dan memuji kreativiti pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: