Pernah Viral Bos Cina Selalu 'Cover' Waktu Solat, Akhirnya Berjodoh Dengan Pekerja Sendiri
What's Wrong With Secretary Kim in real life ke ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pasangan pasti mempunyai kisah unik percintaan mereka masing-masing
Tambahan lagi jika mereka yang berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa dan agama, sudah tentu banyak cerita menarik di sebalik hubungan tersebut.
Sama juga seperti kisah percintaan antara seorang bos Cina dan pekerja Melayu ini yang bertemu jodoh telah mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bos selalu cover masa kerja dan solat, rupa-rupanya hati sudah tertarik untuk masuk Islam
Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis bernama Ezatiey Shah, bosnya itu sering menolongnya semasa kerja dan bertanya tentang solat dan agama Islam.
Menariknya, gadis itu telah berjaya membuatkan bosnya masuk Islam dan mengajar pelbagai ilmu agama kepadanya.
Lebih menarik lagi, siapa sangka mereka akhirnya bertemu jodoh dan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini dalam majlis yang sederhana tetapi meriah.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Tak sia-sia kitorang ship everytime video baru keluar! Alhamdulillah, akhirnya penantian kami semua terjadi. Congrats korang!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 438.6K views, 55.2K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut menumpang gembira melihat kebahagiaan mereka berdua yang tidak lama lagi akan bernikah.
Malah, ada yang mengatakan kisah cinta mereka sama seperti drama Korea popular iaitu What's Wrong With Secretary Kim.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: