seismik

[VIDEO] Kahwin Dengan BFF Sendiri, Pasangan Pengantin Ini Sempat 'Bergaduh' Atas Pelamin

Comel je dua-dua.

Cover image via @4thrhhfdz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berkahwin dengan kawan sendiri sudah pasti tidak pernah terlintas di fikiran sesetengah orang bukan?

Iyalah, dengan kawan baiklah kita sering berkongsi masalah dan kadangkala bergaduh disebabkan isu remeh. Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, tular sebuah video gelagat sepasang pengantin baru di TikTok semasa sesi photoshoot telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Awkward kena bergambar sweet-sweet, sekali tergaduh pula atas pelamin

Menerusi perkongsian video daripada @4thrhhfdz, kelihatan pasangan pengantin itu sedang bergambar di atas pelamin selepas selesai akad nikah dan pembatalan air sembahyang.

Apa yang menarik perhatian adalah mereka yang sebelum ini merupakan kawan baik dilihat sedikit kekok apabila jurugambar meminta untuk membuat aksi romantis.

Pengantin perempuan sempat mencekak pinggang dan mengeluh kepada jurugambar kerana disuruh posing sweet-sweet. Malah, pasangan comel itu sempat bergaduh manja semasa mereka menyarungkan cincin di jari masing-masing.

"Oh macam ni ke kalau kahwin dengan bestfriend hahaha comelnya" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 391.1K views, 65.1K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua yang comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mestilah awkward, selama ni dah biasa bergurau kasar tiba-tiba dah kahwin kena lembut-lembut :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: