seismik

"Siap Berbunyi" - Pengantin Baru Ini Terkejut Dapat Hadiah Kahwin Rare Daripada Member

Lengkap satu set dia bagi ya.

Cover image via @emy_basri19 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi tradisi jika kita hadir ke sesebuah majlis perkahwinan, pasti tak lengkap jika tidak membawa hadiah kahwin sekali

Ia bertujuan untuk menggembirakan pengantin dan sebagai simbol kita meraikan majlis yang mereka buat itu.

Namun, baru-baru ini tular video sepasang pengantin baru mendapat hadiah rare daripada kawan mereka mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@emy_basri19

Hahaha..serius ah..Sapo ponah kono mcm ni..?

original sound - Emy_basri

Terkejut dengar jam berbunyi pukul 3 petang, rupa-rupanya...

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emy_basri19, kelihatan dia dan isterinya sedang berehat di bilik sebaik saja mereka selesai acara majlis persandingan.

Namun, tiba-tiba mereka terdengar bunyi jam berbunyi tepat pada pukul tiga petang. Apabila dicari, rupa-rupanya bunyi tersebut datang daripada salah satu hadiah kahwin mereka.

Pengantin lelaki itu gigih membuka kotak hadiah yang dibalut dengan ketat sambil dirakam oleh isterinya. 

Apa yang mengejutkan dan membuatkan mereka berdua ketawa adalah rupa-rupanya hadiah di dalam kotak tersebut adalah jam loceng, air tin Redbull dan Kacip Fatimah. Malah, terdapat juga sepasang kasut bayi.

Menurut pengantin lelaki, mungkin kawan mereka tersilap set alarm di jam tersebut yang sepatutnya akan berbunyi pada pukul tiga pagi.

"Saya pernah buat dekat 3 member yang baru kahwin. Alhamdulillah 3 pagi bunyi haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sehingga 1.2M views, 102.3K likes serta 2.5K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka yang pernah memberikan hadiah kahwin seperti itu kepada kawan yang baru kahwin.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Buat hal betul member dia ni, nasib baik pengantin tak fikir yang bunyi tu bom :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: