seismik

Gelagat 3 Budak Lelaki Main Buka Tutup Almari Sambil Ketawa Ini Raih Tumpuan. Comel!

"Jimat duit tak payah beli mainan dah" - Netizen.

Cover image via @onefarehah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang boleh menghiburkan kita adalah dengan melihat gelagat anak yang masih kecil

Gelagat mereka yang mencuit hati dan panjang akal itu kadangkala membuatkan kita sendiri garu kepala kerana tidak tahu dari mana mereka belajar buat sesuatu perkara itu.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman di TikTok memaparkan tiga orang bayi lelaki bermain buka tutup almari telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Main buka tutup almari beberapa kali dan sama-sama gelak

Menerusi perkongsian video daripada @onefarehah, kelihatan tiga budak lelaki itu sedang bermain bersama-sama di kabinet TV.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang daripada mereka mula membuka pintu almari dan menutupnya dengan pantas, mereka bertiga sama-sama gelak seolah-olah faham akan lawak itu.

Mereka juga dilihat berulang kali ketawa setiap kali pintu almari itu tertutup. Ternyata, hanya mereka saja yang faham apa sebenarnya yang terjadi. Netizen juga mengatakan situasi itu tidak ubah seperti orang-orang tua melepak di kedai kopi.

"Depa yang buat lawak depa yang gelak hahaha comel je, anak saya yang setahun pun gelak tengok video ni. Dia faham kot" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 820.9K tontonan, 120.6K tanda suka dan 9.3K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat tiga budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berulang kali tengok, comel je masing-masing gelak macam lawak sangat! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: