Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ni Dengan Dua Acara Gempak!
Bakal berlangsung di KL dan Kuantan, ABFGR 2027 turut memperkenalkan Tapestry by ABGR: Singgah Raya dengan konsep berbeza!
Cover image via SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Absolut Bazaar.
Menjelang musim persiapan Hari Raya, mesti ramai yang dah mula terbayang nak shopping baju raya, cari kuih kegemaran dan lengkapkan segala keperluan untuk sambutan nanti

Kalau anda suka serbu bazar dan ekspo Raya untuk dapatkan pelbagai pilihan barangan dalam satu tempat, ada berita baik!
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) bakal kembali untuk edisi 2027 dengan skala lebih besar, lebih meriah dan pastinya lebih banyak aktiviti menarik!
ABFGR 2027 bakal berlangsung di Kuala Lumpur & Kuantan
Selepas lima tahun mencipta kemeriahan, ABFGR sekali lagi bersedia menghimpunkan usahawan dan pengunjung menerusi acara yang cukup dinanti-nantikan ini.
Menariknya, edisi kali ini bukan sahaja akan berlangsung di Kuala Lumpur, malah buat julung kalinya turut dibawa ke Pantai Timur.
Bagi lokasi pertama, ABFGR 2027 akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 19 hingga 22 Februari 2027 selama 66 jam tanpa henti.
Selepas itu, pengunjung di Pantai Timur pula berpeluang merasai kemeriahannya di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari 5 hingga 7 Mac 2027.
Lebih menarik, pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih daripada 900 vendor di kedua-dua lokasi.
Jadi, bolehlah bersedia untuk cuci mata sambil mencari pelbagai barangan Raya daripada jenama dan usahawan tempatan!
Bukan setakat shopping, ada pelbagai aktiviti menarik menanti!
Kalau anda ingat ABFGR sekadar tempat untuk shopping, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang menanti!
Selain sesi ramah mesra bersama selebriti dan pempengaruh, pengunjung juga boleh menikmati Mini Absolut Foodfest, konsert mini serta jualan Happy Hour.
Malah, ada juga cabutan bertuah, Wheel of Fortune, Money Chamber dan pelbagai aktiviti lain yang boleh disertai sepanjang acara berlangsung.
Jadi, bukan sekadar datang untuk shopping, anda juga boleh luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati kemeriahan ABFGR!
Tapestry By ABGR: Singgah Raya, acara baharu dengan konsep berbeza!
Menerusi pengumuman oleh Pengasas Bersama ABGR PLT, Puan Nadiyah Shahab, mereka bakal memperkenalkan Tapestry by ABGR: Singgah Raya, sebuah model acara baharu yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Februari 2027 di The Arch Galeries.
Berbeza daripada ABFGR, acara ini menawarkan tiga kategori booth iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market) dan Mini AFF, dengan pakej harga lebih mampu milik untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan menyertainya.
Berikut merupakan pilihan kategori dan harga booth yang ditawarkan:
- Premium: RM3,500 – RM4,000
- Flea Market: RM2,800 – RM3,300
- Mini AFF: RM3,000 – RM3,500
Setiap kategori menawarkan pilihan booth sudut dan tengah, bergantung pada pakej yang dipilih.
Jadi, buat usahawan yang selama ini mencari peluang untuk memperkenalkan produk kepada lebih ramai pelanggan, inilah antara platform yang boleh dipertimbangkan!
Jangan lepaskan peluang meriahkan ABFGR 2027!
ABFGR 2027 turut mendapat sokongan ATOME sebagai Rakan Pembayaran BNPL Rasmi, Media Prima Berhad sebagai Media Rasmi dan Blackmores Malaysia sebagai Rakan Kesihatan & Kesejahteraan Rasmi.
Dengan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik, kedua-dua acara ini pastinya sesuai dijadikan destinasi untuk anda shopping sambil meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.
Jadi, jangan lupa ikuti media sosial rasmi Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya untuk mendapatkan info terkini dan nantikan pelbagai kejutan menarik tahun depan!
