Rupiah Indonesia Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Sejarah Berbanding Dolar AS
Masa yang terbaik untuk travel ke Indonesia?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis
Menerusi laporan AFP, ia terjadi apabila pelabur beralih kepada mata wang AS susulan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan terus menaikkan kadar faedah memasuki tahun baharu.
Rupiah, yang menjadi mata wang berprestasi paling lemah di Asia tahun ini, merosot serendah 18,253 bagi setiap dolar AS dalam dagangan petang.

Kejatuhan berkenaan mendorong Bank Indonesia campur tangan dalam pasaran bagi menyokong mata wang negara itu
Penyusutan rupiah berlaku sejurus sebelum Naib Presiden Indonesia meletak jawatan ketika berdepan kontroversi berkaitan diploma sekolah menengahnya.
Perkembangan itu menambah tekanan terhadap kerajaan yang sedang berdepan rasa tidak puas hati meluas berhubung ekonomi, rasuah dan kebakaran hutan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via