seismik

Wanita Ini Minta Tolong Netizen Edit Hilangkan Gambar Suami, Tak Sangka Lain Pula Jadinya

Tak expect!

Cover image via @zeni_esa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, kini terdapat pelbagai aplikasi untuk menyunting gambar untuk nampak lebih cantik dan menarik

Namun, ada juga orang yang tidak tahu edit gambar dan meminta pertolongan orang lain untuk menampakkan sesuatu gambar itu lebih bagus.

Berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia meminta tolong netizen editkan gambarnya bertukar menjadi insiden lucu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta pakar edit hilangkan gambar suami dekat belakang, sekali hasilnya pula di luar jangkaan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeni_esa, kelihatan dia berkongsi kisah lucu di ruangan Facebooknya apabila dia meminta tolong pakar edit untuk menghilangkan gambar suami di belakang gambarnya yang sedang mendukung anak mereka.

"Hai pakar edit, boleh tak tolong hilangkan suami saya kat belakang tu. Orang nak bergambar, dia bercakap dalam telefon kat situ," katanya.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia melihat salah satu hasil gambar tersebut selepas disunting membuatkan ramai ketawa berdekah.

Lihat hasil gambar itu di bawah:

"Unexpected ya, haha bijak-bijak orang Malaysia ni bab pekenakan orang" - Netizen

Video berkenaan ternyata mengundang dekah ramai sehingga meraih 892.2K tontonan, 119.2K tanda suka dan 5K perkongsian di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ingin tahu siapakah orang yang edit gambar tersebut kerana tidak menyangka hasil suntingannya kreatif sampai macam itu sekali.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, tak sangka betul hasil lepas edit tu. Betul-betul out of the box! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: