seismik

[VIDEO] Satu Bilik Busuk Sampai Anak Kena Tuduh 'Membuang', Rupa-Rupanya Si Ibu Buat Hal

Boleh bayangkan bau dia macam mana.

Cover image via @norreen143_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah bagi setiap manusia akan membuang angin apabila perut sudah kenyang betul tak?

Persoalannya, kita memang boleh tahan dengan bau kentut kita. Bagaimana pula dengan orang sekeliling? Silap-silap boleh jadi salah faham sampai orang lain yang kena tuduh.

Seperti sebuah insiden lucu ini apabila seorang wanita telah melepaskan 'gas' di dalam bilik semasa suaminya sedang solat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@norreen143_

Berdengung otak diorang bau kentut aku

original sound - Norreen143

Ibu selamba kentut, tapi anak pula yang kena tuduh buang air besar dalam pampers

Menerusi video yang dimuat naik oleh @norreen143_, kelihatan nenek budak lelaki itu sedang memeriksa lampinnya di dalam bilik mereka kerana terbau aroma yang busuk.

Tetapi apabila didapati budak lelaki itu tidak berak, wanita itu pantas bertanya kepada ibunya pula adakah dia kentut.

Rupa-rupanya, memang itu angkara si ibu apabila dia tidak mampu menahan gelaknya. Lebih melucukan lagi, suaminya yang sedang solat terus berhenti kerana tidak tahan dengan bau busuk tersebut.

"Member tak jadi solat, satu bilik tutup hidung. Berdengung otak diaorang bau kentut aku," katanya.

"Sampai ke sini baunya sis hahaha yang kentut orang lain, yang batal solat orang lain"- Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mendapat 604K views, 45.8K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi satu keluarga itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kesian anak dia tak pasal-pasal je kena tuduh berak. Lawaklah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: