seismik

Jealous Tengok Ibu Ayah Bermesraan Pegang Tangan, Gelagat Budak Perempuan Ini Undang Tawa

Dah macam berebut pakwe ya dik.

Cover image via @shadzlin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Antara kenangan menjadi ibu bapa kepada anak yang masih kecil adalah dengan melihat telatah lucu mereka

Orang kata, anak perempuan lebih rapat dengan ayah dan begitulah sebaliknya dengan anak lelaki. 

Kadangkala, mereka boleh berebut ayah dengan ibu sendiri walaupun masih kecil. Tambahan pula jika si ibu dan ayah jenis yang suka menyakat, pasti terhibur melihat reaksi anak-anak bukan?

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang budak perempuan memarahi ibunya kerana bermesraan dengan si ayah telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ibu saja pegang tangan ayah ketat-ketat, anak mengamuk suruh lepaskan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shadzlin, kelihatan keluarga kecil itu sedang berada di sebuah kedai makan.

Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila pasangan suami isteri itu sengaja menyakat anak perempuan mereka yang kuat jealous.

Si kecil itu naik angin apabila melihat ibu dan ayahnya berpegangan tangan dengan erat seolah-olah mahu mencari pasal dengannya.

Bukan itu saja, dia dilihat seperti ingin menangis dan menjerit sambil cuba meleraikan pegangan tangan ibu dan ayahnya.

"Sayang sangat tu, orang pertama dalam hati dia. Kedua baru mommy dia. Comelnya dia jealous!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 120.7K likes dan 8.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.

Malah, ramai yang berpendapat anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu semasa mereka kecil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan main marah lagi ya. Dia tak tahu orang yang dia jealous tu lah yang melahirkan dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: