seismik

[VIDEO] Suami Cuak Bila Isteri Drive Kereta, Sekali Lepas Kena 'Marah' Terus Terdiam

Kalau dia bawa laju boleh pula ya.

Cover image via @gedichin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut je tentang cara pemanduan di jalan raya, kaum perempuan sering dilabel tidak pandai bawa kereta dengan profesional bukan?

Selalunya, orang lelaki lebih steady dan pandai mengawal kelajuan kereta semasa memandu. Namun, tidak dinafikan ramai je orang perempuan di luar sana yang pro memandu kereta.

Tetapi, sebuah video lucu di TikTok ini telah mencuri perhatian ramai apabila gelagat seorang lelaki dimarahi oleh isterinya gara-gara cuak dan gelabah semasa memandu.

Lihat video penuh itu di bawah:

@gedichin Ni sebab knp Biar aku je yg bwk kete walaupun sebenarnye malas #ilovemywife #bini2kugengster #abangtaktakutbini original sound - GediChin

Mula-mula cuak dan bising, lepas kena marah terus terdiam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gedichin, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta bersama isterinya yang sedang memandu di jalan kampung.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila lelaki itu cuak melihat cara pemanduan isterinya yang terlalu laju semasa membuat pusingan corner.

Lebih melucukan lagi, dia terdiam selepas berulang kali menegur dan tiba-tiba isterinya meninggikan suara dan berkata "aku tampar kau karang haa".

"Para suami please jangan gelabah atau tegur. Auto kami pun gelabah end up terus bad mood haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 658.6K views, 38.2K likes dan 2.4K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Malah, ada yang memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar baca komen netizen, orang perempuan tak nak kalah ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: