[VIDEO] Struggle Nak Turunkan Handbrake, Gadis Ini Siap Membebel Salahkan Kereta Boyfriend
Perempuan mana pernah salah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Orang perempuan dan sifat membebel sememangnya tidak dapat dipisahkan sejak dulu lagi
Walaupun kadangkala nampak annoying, tetapi bebelan mereka jugalah yang boleh menghiburkan hati para suami atau kekasih.
Bila cerita bab kereta, bukan semua orang perempuan tahu untuk memandu apatah lagi mengambil tahu mengenai teknikal atau fungsi setiap dalaman kereta itu.
Sama seperti apa yang terjadi baru-baru ini di dalam sebuah video viral di TikTok apabila seorang gadis dilihat sukar untuk menurunkan handbrake kereta kekasihnya mencuri perhatian ramai.
LIhat video penuh itu di bawah:
Struggle nak turunkan handbrake, siap bagi pakej membebel
Menerusi perkongsian video daripada @mart666660, kelihatan gadis itu sedang duduk di tempat penumpang dalam kereta kekasihnya sambil mencuba untuk menurunkan handbrake.
Namun, handbrake itu yang ketat membuatkannya sukar untuk menurunkan dengan cepat. Malah, dia membebel menyalahkan kereta itu.
"Ish macam mana? Kenapa tak boleh, kenapa I tengok senang je orang bawa. Kereta you susah ni! I rasa kereta I lagi senang," bebelnya.
"Jangan cakap semua kereta ada benda tu bang, nanti naik Alza takda benda tu mengamuk member haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 816.2K views, 64.8K likes dan 1.2K shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis itu yang membebel dan siap menyalahkan kereta daripada dirinya sendiri yang tidak mahir menurunkan handbrake tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kesimpulannya, jangan cuba bertekak dengan perempuan, confirm kalah punya. Sampai kereta yang tak bernyawa pun disalahkannya :D