seismik

"Awet Muda" - Pengantin 50 Tahun Tular Gara-Gara Suami Pandang Tak Berkelip Cantik Sangat

Memang cantik, naik seri pengantin!

Cover image via @nurindahklatey (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, pengantin perempuan memang akan kelihatan ekstra cantik di hari pernikahannya kerana hasil solekan yang sempurna

Tidak kiralah itu merupakan perkahwinan yang pertama mahu pun kedua bagi mereka bergelar ibu tunggal, jika pandai menjaga wajah pastinya akan naik seri pada hari bahagia. Malah, wanita berumur juga boleh nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya tau!

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan rakaman seorang wanita berumur 50 tahun tampil dengan sangat cantik di hari pernikahannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurindahklatey

My mum kawin i cry sebab dia cantik drp anak2 nya ##kahwincheck ##kahwinpkp

Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak

Suami pandang tak berkelip, tengok isteri cantik sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurindahklatey, kelihatan ibu gadis tersebut baru saja selesai majlis pernikahannya.

Namun, wajahnya telah menarik perhatian ramai gara-gara awet muda dan sangat cantik persis anak dara. "My mum kahwin, I cry sebab dia cantik daripada anak-anaknya," katanya.

Malah, suaminya juga dilihat sangat terpegun dengan kecantikan si isteri dan memandangnya tidak berkelip semasa rakaman mereka diambil oleh anaknya di atas pelamin.

"Nampak sangat husband tu mencintai isterinya, semoga berbahagia hingga hujung nyawa" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 729.8K views, 50.4K likes dan 2.2K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji kecantikan ibu gadis itu. Malah, ramai yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Orang kalau dah cantik, makeup simple pun nampak serinya. Tahniah buat kedua-dua pengantin baru!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: