seismik

"8 Tahun Tunggu" - Wanita Ini Sampai Sumbat Bantal Dalam Perut Nak Rasa Perasaan Hamil

Semoga akak ni diberikan rezeki zuriat.

Cover image via @meisianggun (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita mana je dalam dunia ini yang tidak mahukan kehadiran zuriat dalam rahim mereka bukan?

Bagi mereka yang masih belum merasakan pengalaman membawa 'malaikat kecil' di dalam perut sebenarnya adalah seorang yang sangat tabah.

Bukan saja diganggu emosi tentang bila ingin mengandung, malah ada yang menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu hamil seperti wanita lain.

Seperti sebuah video sedih yang tular di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita memasukkan bantal ke dalam bajunya kerana berangan ingin hamil telah mencuri perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja masukkan bantal dalam baju sebab nak merasa bagaimana perut ibu hamil

Menerusi video yang dimuat naik oleh @meisianggun, kelihatan dia menyumbatkan bantal ke dalam bajunya sambil menangis.

"Kadang sengaja masukkan bantal ke perut supaya boleh merasa perut wanita hamil tu macam mana. Ya Allah 8 tahun menunggu, kenapa sulit sangat," tulisnya di video.

Tidak dinafikan, itulah gambaran perasaan sebenar wanita-wanita di luar sana yang masih menjadi pejuang garis dua. Namun begitu, rezeki masing-masing sudah ditetapkan.

"Moga Allah tiupkan malaikat kecil buatmu dik, inshaAllah doa semua ya kawan-kawan" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.2M tontonan, 104.7K tanda suka dan 5.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati kepada wanita itu.

Malah, ramai yang turut merasakan situasi sama sepertinya. Ada juga yang mendoakan buatnya dan wanita lain supaya diberikan rezeki zuriat satu hari nanti.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga sis terus tabah dan berdoa. Satu hari nanti mesti ada rezeki anak juga :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: