[VIDEO] Adik Dah Pregnant Kali Kedua, Wanita Ini Sebak Ditanya Bila Nak Tambah Anak Lagi
Bab zuriat ni bukan satu pertandingan tau.
Siapa je yang dah berkahwin tak teringin nak menimang cahaya mata sendiri bukan?
Lumrah orang kita, apabila nampak pasangan yang baru berkahwin saja, pasti soalan pertama yang akan ditanya ialah 'bila nak mengandung?' atau 'perut dah ada isi ke?'.
Malah kalau sudah ada anak sekalipun, pasti akan ditanya 'bila nak tambah anak kedua?'. Ada saja soalan yang nak diajukan, lebih-lebih lagi mak cik bawang yang sibuk jaga tepi kain orang.
Begitulah juga dengan video yang dimuat naik oleh seorang wanita ini di laman sosial TikTok, di mana dia meluahkan perasaan sedihnya apabila ada pihak yang membandingkan dia dengan adiknya tentang zuriat.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gagal tahan sebak apabila orang bertanya bila dia nak mengandung, sedangkan adiknya sudah hamil anak kedua
Menerusi video yang berdurasi 15 saat tersebut, wanita bernama Era Yusnita itu terkilan dan sedih bila ada individu yang mempersoalkan bila dia nak tambah anak dan membandingkan dengan adiknya yang dikatakan sudah hamil anak kedua.
Akibat tertekan dengan situasi yang dihadapi, Era nekad memuat naik videonya dengan kapsyen 'semoga Allah makbulkan doa aku dan keluarga ku'.
Ketika artikel ini ditulis, video Era telah meraih 180,600 tontonan serta hampir 2,000 komen di TikTok
Rata-rata netizen yang menonton video Era faham akan situasi yang dia sedang lalui kerana ramai di antara mereka juga mengalami nasib yang sama sepertinya dan masih menunggu rezeki zuriat daripada Allah SWT.
Malah, ada yang sampai diceraikan suami selepas 8 tahun berkahwin hanya kerana tidak mampu memberikan zuriat dalam perkahwinan.
Ada juga yang mendoakan supaya Era dan wanita lain yang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri supaya segera dikurniakan zuriat.
Antara komen menarik daripada netizen: