seismik

[VIDEO] “Kalau Lah Saya Tahu..” - Wanita Ini Sedih Bila Ramai Desak Tanya Tentang Zuriat

Jangan persoalkan rezeki orang, doa yang baik-baik je okay.

Cover image via @rozyana93 (TikTok)

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti inginkan zuriat dan bahagia bersama keluarga kecil mereka

Namun, rezeki orang lain-lain. Bukan semua pasangan dikurniakan cahaya mata sebaik saja mendirikan rumah tangga. Ada yang baru kahwin dua bulan, sudah bunting pelamin. Ada juga yang sudah bertahun-tahun kahwin tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang wanita ini melalui videonya di laman sosial TikTok. Video berdurasi hampir satu minit itu menunjukkan perasaanya yang sedih apabila sering ditanya tentang zuriat.

Lihat video penuh itu di bawah:

Walaupun sudah 2 tahun berkahwin, wanita bernama Rozyana itu masih belum ada rezeki untuk dikurniakan anak

Rozyana menerima pelbagai soalan dan desakan daripada orang sekelilingnya tentang bila dan mengapa dia belum dikurniakan zuriat.

Ada yang bertanya sama ada dia sudah pergi check dekat doktor atau belum, dah pergi urut ke belum, jaga pemakanan atau tidak, dan macam-macam lagi.

Siapa je yang tidak mahukan anak, tetapi itu semua percaturan Allah SWT. Di akhir video tersebut, Rozyana ada berkata sesuatu untuk mereka yang sering mendesaknya tentang zuriat.

"Kalau saya tahu bila saya boleh mengandung, sudah pasti saya akan jawab, ya, esok saya boleh mengandung," katanya.

Rozyana juga ada memuat naik video dia bersama suaminya perjelas isu dengan seorang netizen yang memerli mereka tentang soal anak ketika dia sedang buat live di TikTok

@rozyana93

Suami aku kata maafkan jelah orang yang cakap macam tu. Kalau tak, hati tak tenang. Saya maafkan orang yang bernama angah. Terima kasih

original sound - rozyanaroslan2

Mendapat kata-kata semangat daripada mereka yang mengalami nasib sama sepertinya

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga lebih setengah juta tontonan dan hampir 3,000 komen di TikTok, Rozyana mendapat banyak kata-kata positif dan semangat daripada netizen. 

Ramai di antara mereka juga pernah mengalami nasib sama sepertinya, iaitu lambat dikurniakan anak. Tak kurang juga, ada yang sempat memberi tips untuk dia dan suami supaya membaca surah selepas solat dan sebelum tidur.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga semua pasangan di luar sana yang masih menanti zuriat akan diberi rezeki untuk menjadi ibu bapa satu hari nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: