seismik

Pendakwah Muda Ini Beri Nasihat Untuk Perempuan Ikut Trend 'Reject' Lelaki Bergaji RM1500

Gaji tinggi ke rendah yang penting duit tu halal.

Cover image via @iddinramlii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, setiap orang yang mahu mendirikan rumah tangga pasti menginginkan pasangan terbaik

Selain dari personaliti dan pendidikan yang bagus, kewangan juga menjadi salah satu faktor untuk memilih pasangan hidup.

Namun, mempunyai gaji yang rendah tidak semestinya perlu dipandang hina. Dengan keadaan zaman sekarang yang susah hendak cari kerja bergaji tinggi, kita seharusnya bersyukur dengan apa saja peluang yang ada.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pendakwah muda memberikan nasihat buat para gadis mengikut trend di TikTok tentang lelaki bergaji rendah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@iddinramlii

Tak hina pun gaji 1500 ye geng. Jodoh korang boleh terima seadanya dah berjuang bersama. Kahwin ni sebab Allah bukan harta

original sound - Iddin Ramli

Tak hina pun gaji RM1500, kahwin sebab Allah bukan harta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iddinramlii, kelihatan dia sedang berhujah dan memberikan pendapatnya mengenai trend para gadis di TikTok mengenai lelaki bergaji rendah.

"Dekat Malaysia, ni rata-rata rakyat bergaji RM1500 bahkah ada yang lebih rendah lagi. Bila buat content macam ni, ia adalah satu bentuk penghinaan kepada rakyat yang bergaji RM1500 dan ke bawah"

"Memanglah perempuan berhak memilih siapa bakal suami dia. Tapi, perempuan ni tak ada hak untuk menghina orang yang tidak dipilih. Kaya ni bukan setakat harta tau, kaya ni pada hati pada jiwa. Itu kaya yang sebenar"

"Kalau kita ni tak ada benda baik nak cakap, diam jelah. Tak ada content yang baik nak buat, jangan buat content daripada kita ni menyakiti hati orang lain," katanya.

"Bukan nak cakap apa, kalau terlalu mencari harta ni lah nanti dapat yang perangai tak semenggah" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 337.3K tontonan, 47K tanda suka serta 642 perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu itu. Kebanyakannya bersetuju dengan pendapat pendakwah muda berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa pula pendapat korang tentang isu gaji rendah ni? Cuba kongsi di ruangan komen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: