Dapat Gaji RM540 Sehari, Netizen Pertikai Pemuda Dedah Kerja Kutip Ceri Di New Zealand
Okaylah tu, janji kerja halal. Apa yang pelik sangat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bekerja sebagai pemetik buah di luar negara khususnya Australia dan New Zealand sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia
Walaupun banyak tohmahan mengatakan kerja itu persis seperti buruh kasar, namun ia tidak mematahkan semangat segelintir orang untuk mencari rezeki di luar negara.
Malah, gaji yang ditawarkan juga agak lumayan tau. Senang cerita, pendapatan selama setahun sudah memadai dan boleh pulang ke Malaysia membawa sejumlah wang yang besar.
Pengalaman mengutip buah ceri turut dikongsikan oleh seorang pemuda di TikTok ini dan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kerja santai dengan kawan-kawan, sehari boleh dapat RM540
Menerusi video yang dimuat naik oleh @saudalgar, dia mendedahkan pengalamannya bekerja sebagai pengutip buah ceri di New Zealand.
Menurutnya, dia mula bekerja seawal 5.52 pagi dan gajinya dikira per bucket. Kebiasaannya, dia mampu memetik tiga bucket ceri selama satu jam.
Apa yang lebih menarik adalah, gaji hariannya boleh mencecah sehingga RM540. Dia juga diberi kebenaran untuk terus makan buah ceri segar yang baru dipetik.
Ketika artikel ini ditulis, video pemuda tersebut telah mendapat 547.4K tontonan, 52.8K tanda suka dan 619 perkongsian di TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Ada yang mengingatkan supaya semak betul-betul agensi yang menawarkan kerja seperti itu kerana sudah ramai yang terkena scam.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: