seismik

[VIDEO] Segan Ternampak Couple Pakai Baju Sama, Mamat Ini Auto Bangun Nak Keluar Kedai

Kenapalah hari tu juga kena jumpa orang pakai baju sama. Lawaklah!

Cover image via @fra_edd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terserempak dengan orang yang pakai baju sama sememangnya boleh merosakkan mood seharian bagi sesetengah orang

Tambahan lagi bagi para wanita, kerana mereka akan merasa insecure dan malu apabila terjumpa siapa-siapa yang memakai baju sama seperti mereka.

Hakikatnya, jika baju tersebut dibeli secara online, memang ramailah yang membeli baju sama kerana harga yang lebih murah dan ikut memakai baju ikut trend semasa.

Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila seorang lelaki segan dan bertindak bangun untuk keluar kedai apabila ternampak sepasang kekasih memakai baju sama sepertinya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah lepak dekat kedai, tiba-tiba nampak couple pakai baju sebijik sama

Menerusi video yang dikongsi oleh @fra_edd, kelihatan lelaki yang memakai baju lengan panjang warna biru dan bercorak stripe kuning itu sedang melepak bersama kawan-kawannya di sebuah kedai makan.

Namun, dia kemudian baru perasan ada sepasang kekasih di depannya turut memakai baju bercorak sama sepertinya cuma berlengan pendek.

Akibat malu, lelaki berkenaan pantas bangun dari kerusi seolah-olah ingin beredar dari tempat itu kerana diketawakan kawannya.

"Aku pernah dulu kain batik yang aku buat baju orang buat alas meja, lagi sedih hahaha. Tergelak sebab pernah kena macam ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 562K views, 37.4K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan lelaki itu yang menahan malu.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka dulu yang pernah terserempak dengan orang pakai baju sama di tempat awam. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau korang kat tempat brader tu, apa korang nak buat? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: