seismik

[VIDEO] Aksi Spontan Pengantin Lelaki Melatah Atas Pelamin Ini Raih 2 Juta Views. Lawak!

Kesian dia, tapi banyak kali jugalah ulang tengok.

Cover image via @rem_ahmad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perbuatan melatah dalam kalangan masyarakat kita sememangnya sudah tidak asing sejak dulu lagi

Mengacau orang yang kuat melatah memang seronok, tetapi mereka sebenarnya penat kerana melatah juga menggunakan tenaga yang banyak.

Jika kebiasaannya kita melihat orang perempuan saja yang kuat melatah, kali ini berbeza pula apabila seorang pengantin lelaki diusik semasa sedang bersanding mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Melatah sambil menyanyi dan membuat aksi spontan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rem_ahmad, kelihatan pasangan pengantin baru itu sedang bergambar di atas pelamin mereka.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si perakam sengaja mengusik pengantin lelaki yang kuat melatah itu.

Dia automatik menyanyi lagu Seiring Dan Sejalan dan siap membuat aksi spontan selepas menyebut ayat "burung pun turut menyanyi".

"Aduhai, dia pergi latah quick quick pulak kat situ hahaha. Wife dia rileks je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 2M views, 88.9K likes dan 13.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat pengantin itu melatah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti isteri dia hari-hari terhibur dapat suami kuat melatah ni kan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: