Bila Wartawan Tersalah Interview Orang, Cara Mak Cik Ini Melatah Buat Ramai Tertanya-Tanya
Non-stop ya dia melatah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi mereka yang kuat melatah, sudah pasti sering menjadi bahan usikan kawan-kawan dan keluarga kerana aksi spontan yang lucu
Terdapat dua jenis perbuatan melatah yang kita selalu nampak dalam kalangan masyarakat, iaitu melatah secara mencarut ataupun suka membuat aksi yang disuruh orang sekeliling.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video di TikTok ini apabila seorang mak cik yang ditemu bual oleh wartawan Astro Awani melatah tak berhenti mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Wartawan tersilap interview, tak sangka dapat mak cik melatah pula
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh Mr Obie di akaun TikToknya, kelihatan mak cik itu sedang ditemu bual oleh seorang wartawan daripada Astro Awani.
Melihat daripada video tersebut, mak cik itu telah memberi saranan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin dan mengingatkan agar tidak takut untuk dicucuk.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian dan menghiburkan adalah apabila dia dilihat mula melatah sepanjang rakaman itu walaupun tidak disergah oleh siapa-siapa.
"Adakah ini side effect lepas vaksin? Hahaha melatah pun comel mak cik ni" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 375.5K tontonan, 21.9K tanda suka dan 3.1K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah spontan mak cik itu kerana melatah dalam keadaan yang masih bersopan santun.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: