"Dora The Explorer" - Anak Bongsu Buat Hal Rebonding Rambut, Balik Rumah Mak Ayah Terkedu
Mak dia tahan je geram.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam mana-mana keluarga, pasti ada salah seorang yang menjadi penghibur dan suka membuat kecoh bukan?
Kebiasaannya, anak bongsulah yang menjadi penghibur tersebut. Ada saja telatah mereka yang membuatkan adik-beradik ketawa. Dalam masa yang sama, mereka jugalah yang sering membuat perkara yang tidak dijangka.
Seperti sebuah video ini yang memaparkan aksi seorang pemuda yang pergi memotong rambut telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta izin nak pergi potong rambut, sekali balik-balik terus lain jadinya
Menerusi perkongsian video daripada @kakagojes, kelihatan adik bongsunya itu baru saja balik daripada kedai gunting rambut.
Apa yang mencuit hati adalah, adiknya itu pada mulanya telah meminta izin kepada si ayah untuk pergi memotong rambutnya yang panjang.
Rupa-rupanya, dia balik rumah dengan imej rambut yang sudah di rebonding persis seperti wanita. Malah, ada yang menggelarnya Dora The Explorer.
Bukan itu saja, kedua-dua ibu ayahnya juga dilihat tercengang ketika pemuda itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia juga sempat melibas rambutnya ala gaya flip hair.
"Saya anak bongsu jugak, pernah buat macam tu. Sekali kena cukur sampai botak dengan mak. Haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 558.2K views, 28.8K likes serta 1K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan pemuda itu yang seolah-olah bangga berjaya membuat rebonding rambut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: