Bengang Adik Main Badminton Tak Betul, Sekali Kakak Tak Sengaja Attack Dengan Bulu Tangkis
Alamak! Macam sakit je tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, sukan badminton sememangnya sangat seronok jika dapat bermain bersama kawan-kawan dan keluarga
Bukan saja dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat, malah kita juga dapat bonding bersama mereka. Iyalah, masing-masing sudah besar dan ada kerjaya sendiri. Bila dapat berkumpul sekali sekala mesti seronok.
Namun, kadangkala geram juga bila dapat partner yang tak pandai bermain. Asyik kita saja yang kejar bulu tangkis ke sana ke sini.
Seperti sebuah video viral ini yang memaparkan dua beradik berlawan badminton dengan ibu dan ayah mereka telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Naik angin bila adik ke hulur ke hilir tapi tak pandai main badminton
Menerusi video yang dimuat naik oleh @farihaarazak, kelihatan mereka dua beradik sedang berlawan badminton dengan ibu dan ayah mereka.
Namun, apa yang membuatkan gadis itu geram adalah apabila adiknya tidak dapat menangkap bulu tangkis tetapi asyik berlari ke hulur ke hilir saja.
"Kau ni ke hulur ke hilir ke hulur ke hilir tapi tak function!" jeritnya. Lebih menghiburkan lagi, dia tidak sengaja memukul bulu tangkis ke leher adiknya semasa ingin membuat serve.
"Bila member dah geram sangat be like hahahaha tapi tu mesti dia tak expect kena" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.5M views, 168.1K likes dan 5K shares di laman TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka sekeluarga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: