"Mata Tajam" - Isteri Curiga Kelibat Awek Dalam Spek Mata Suami, Sekali Ada Plot Twist
Selamat kau bang, kalau tidak memang sampai ke tahun depan kena menjawab.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah sebagai seorang wanita terutamanya jika sudah menjadi isteri, naluri mereka memang kuat dan akan overthinking bila ada sesuatu yang tidak kena
Bak kata orang, naluri seorang wanita tidak pernah salah. Oleh itu, para suami janganlah cuba-cuba untuk menipu atau melakukan perkara yang tidak disukai belakang mereka.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang lelaki yang sedang bercuti bersama kawan-kawan disoal isterinya semasa berada di dalam bot telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ternampak pantulan bayang awek dalam spek mata hitam suami
Menerusi video yang dimuat naik oleh @roserosanne13, kelihatan dia sedang bermesej melalui WhatsApp dengan suaminya yang pergi bercuti di sebuah pulau bersama kawan-kawannya.
Pada mulanya, si suami hanya menghantar sekeping selfie dan memberitahu isterinya dia sudah ingin bertolak ke pulau dengan menaiki speed boat.
Namun, isterinya terperasan kelibat bayang seorang wanita yang memakai tudung berwarna pink melalui pantulan cermin mata hitam suaminya. dan spontan bertanya "siapa tu, awek ke?".
Tetapi, rupa-rupanya itu merupakan seorang lelaki iaitu kawan suaminya yang kebetulan memakai tuala berwarna pink. Si suami kemudian menghantar semula gambarnya bersama 'awek' yang dimaksudkan oleh isterinya.
"Mata perempuan jarang tak tajam, aku pun tak perasan haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 139K likes dan 3K shares di laman TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat 'awek' yang berada di dalam gambar tersebut. Malah, ada juga yang mengatakan mata isterinya sangat tajam.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: