seismik

Lebih 5 Juta Views, Video Wanita Buat Kejutan Hamil Dekat Suami Ini Undang Sebak Netizen

Momen paling bermakna buat suami dan isteri.

Cover image via @firdaalfionida11 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menimang cahaya mata sendiri merupakan impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin

Khabar gembira itu sudah pasti akan menimbulkan rasa sebak terutamanya bagi pejuang garis dua yang memang ternanti-nantikan zuriat bertahun lamanya.

Hanya mereka saja yang tahu bagaimana bahagianya perasaan tersebut. Namun, itu semua sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Seperti pasangan ini juga yang mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata pertama telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat kejutan lepas solat subuh, reaksi suami buat ramai sebak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @firdaalfionida11, kelihatan dia baru saja mendapat tahu dirinya hamil pada pukul empat pagi selepas membuat ujian kehamilan.

Dia yang tidak sampai hati mahu mengejut suaminya seawal itu mengambil keputusan untuk menunggu sehingga azan Subuh berkumandang.

Sebelum suaminya mengambil wudhu, dia pelik kerana melihat si isteri asyik merakamnya. Tetapi, wanita itu mengabaikan saja pertanyaan si suami dan menunggu sehingga suaminya habis mengaji.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila cubaan wanita itu untuk memberi kejutan kepada suaminya hampir terkantoi kerana dia meletakkan test kit hamil di belakangnya. Akhirnya apabila si suami menoleh, wanita itu terus memeluk suaminya kerana tidak mampu menahan rasa bahagia dan sebak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 5.2M tontonan, 528.8K tanda suka dan 9.7K perkongsian di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat mereka berdua dan turut menumpang bahagia. Malah, ada yang sempat meminta orang ramai mendoakan agar mereka juga dikurniakan rezeki zuriat sendiri.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahagianya tengok diaorang, semoga semua pasangan di luar sana diberikan rezeki zuriat sendiri satu hari nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: