seismik

Tengah Syok Selfie, Pemuda Ini Terkesima Nampak Mak Cik Selamba Keluar Toilet Lelaki

Alamak! Tak apa mak cik, biasalah tu tersalah masuk tandas.

Cover image via @theqeel (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti pernah melalui situasi yang memalukan dalam hidup bukan?

Sebagai contoh, tersalah masuk kereta orang lain dan terjatuh di tempat awam. Sudah pasti kita akan merasa sangat malu ketika itu sehingga tidak tahu mana nak sorok muka.

Namun, lain pula dengan situasi di dalam sebuah video viral ini apabila gelagat seorang wanita tersalah masuk tandas lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@theqeel salah tandas takpe yg penting confident HAHAHAHAHA btw ni tandas lelaki ye #fyp #fyp #tiktokmalaysia #fypdongggggggg the psycho intro gone wrong - Arielle

Tengah rakam video selfie, sekali terkejut nampak mak cik keluar dari tandas belakang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @theqeel, kelihatan dia sedang berada di dalam tandas sebuah shopping mall.

Namun, semasa dia sedang syok merakam outfitnya di cermin, tiba-tiba seorang wanita dilihat keluar dari tandas di belakangnya dengan tenang sambil membuat muka seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rupa-rupanya, mak cik itu tersalah masuk tandas lelaki. Dia juga tidak memandang kiri dan kanan semasa keluar dan berjalan dengan laju. Mungkin dia juga tidak perasan semasa masuk ke dalam tandas itu.

"Mak cik tu punya selamba, lelaki-lelaki semua questioning diri sendiri adakah diaorang yang salah masuk tandas. Hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 1.2M views, 207.6K likes dan 4.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat tenang mak cik itu.

Malah, ada yang mengatakan jika mereka di tempat mak cik tersebut, pasti mereka akan serik untuk ke tandas awam selepas kejadian itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Gelak-gelak juga. Ada yang pernah tersalah masuk tandas macam mak cik tu tak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: