Tular Mat Salleh Ajuk Cakap Isteri Dalam Bahasa Melayu Ini Buat Ramai Cair. Comel Habis!
"Gewram lah!"
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkahwinan campur pada zaman sekarang bukanlah suatu perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Masalah komunikasi antara suami dan isteri mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mereka sama-sama mempelajari budaya dan adat masing-masing.
Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang Mat Salleh mengajuk cakap isterinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajuk cakap isteri dalam Bahasa Melayu guna slang comel
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rhainna_natasha, kelihatan dia sedang merakam suaminya berjalan di sebuah parking lot.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Mat Salleh itu dilihat cuba mengajuk cakap isterinya dalam Bahasa Melayu dengan tiga ayat ringkas.
Lebih menghiburkan lagi, caranya bercakap itu membuatkan si isteri ketawa mendengarnya kerana slang yang digunakan agak pelat dan comel.
Part gewram la tu comel gila, banyak kali ulang video ni. Single balik please haha" - Netizen
Susulan tularnya rakaman tersebut yang kini sudah meraih 2.6M views, 351.4K likes dan 5.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan Mat Salleh itu.
Malah, ramai pula yang meminta tips daripada wanita berkenaan bagaimana hendak mencari jodoh dari negara lain sepertinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: