"Cameraman Tersakiti" - Pengantin Seronok Bergurau Dengan Suami, Photographer Suruh Sabar
Biasalah mesti excited dah halal kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bergambar di atas pelamin sudah pasti menjadi momen awkward bagi setiap pengantin baru
Mana tidaknya, sudahlah kena membuat pelbagai aksi sweet bersama pasangan. Disakat pula dengan ahli keluarga yang lain, lagilah segan dibuatnya!
Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila gelagat seorang pengantin perempuan dikatakan ‘gelojoh’ semasa bergambar dengan suaminya di atas pelamin mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan menggatal dengan cik abang, sekali photographer suruh sabar
Menerusi perkongsian video oleh @mastura.mas, kelihatan pengantin perempuan itu dirakam secara tidak sengaja semasa dia menarik tangan suami ke dagunya.
Aksi spontannya itu telah menarik perhatian ramai kerana dia dikatakan seolah-olah ‘gelojoh’.
Lebih melucukan lagi adalah apabila jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar mereka turut menegurnya secara berseloroh dengan mengatakan “sabar dik, alamak…” dan membuatkan pengantin itu ketawa malu.
”Bila dapat kahwin dengan crush sendiri auto excited hahaha” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.5M views, 169.2K likes dan 2.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: