Raih Hampir 20 Juta Views, Rakaman Pak Cik Berzikir Sampai Songkok Tercabut Curi Tumpuan
Naik sheikh betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kali selepas menunaikan solat, adalah lebih baik jika kita berzikir terlebih dahulu sebelum membaca doa
Kalau di surau atau masjid pula, sesi zikir beramai-ramai pasti akan dilakukan. Tambahan pula jika terdapat bacaan tahlil.
Namun, baru-baru ini tular rakaman seorang pak cik berzikir sampai songkok tercabut kerana terlalu khusyuk telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Khusyuk angguk kepala masa zikir sampai badan ke depan dan songkok tercabut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_yuli204, kelihatan pak cik itu sedang berada di sebuah masjid sambil berzikir berama-ramai.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mula bertindak agresif dan menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh sehingga mengengsot ke depan.
Malah, songkoknya pula sampai tercabut akibat dia mengangguk terlalu over. Walaupun sudah dicuit rakan sebelah, dia tidak menghiraukan dan tetap teruskan berzikir.
"Tu kalau dibiarkan tu, sampai kampung sebelah dia ngesot. Rasa bersalah aku gelak" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah sehingga 18.6M views, 2.4M likes dan 86.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!