"Suara Kalah Pak Imam" - Gelagat Budak Perempuan Solat Jemaah Dengan Ayah Curi Tumpuan
Kau buat lawak la dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tugas seorang ayah adalah mengajar anak-anak tentang pahala solat secara berjemaah sejak mereka berusia sekurang-kurangnya lima tahun lagi
Ilmu agama yang diterapkan pada anak-anak sememangnya dapat menjadikan mereka menjadi seorang yang taat dan lebih matang sebenarnya.
Namun, gelagat spontan mereka yang kadangkala tidak terjangka boleh mencuit hati kita semasa mendirikan solat atau sedang mengaji.
Seperti rakaman berdurasi 26 saat ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan semasa sedang solat jemaah bersama abang dan ayahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Balik sekolah senyap je, tapi lepas buka puasa terus energy lain macam masa solat jemaah
Menerusi perkongsian video daripada @norhidayahghazali90, kelihatan budak perempuan itu sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia mula membaca Surah Al-Fatihah dengan begitu kuat sekali mengalahkan suara si imam.
Malah, dia dilihat siap membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan ayat "kanastaqin" membuatkan si ibu tergelak melihatnya.
"Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah pak imam," kata ibunya.
"Confuse mana satu imam ni. Hahaha sampai bengkok-bengkok badan, tak tergelak ke ayahnya" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 2.1M views, 236.1K likes dan 13.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu yang lucu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!