"Pedih" - Abang Makan Pakai Glove, Rupa-Rupanya Ramai Kongsi Nasib Sama Hidap Eczema
"Pedih weh kena lauk-pauk" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pernahkah anda mendengar masalah radang kulit atau pun dikenali sebagai eczema?
Mereka yang menghidapi masalah eczema tidak boleh makan sesuka hati kerana akan menyebabkan gatal pada kulit yang sensitif.
Malah, ada satu tahap di mana kulit akan menjadi pedih sehingga terpaksa makan menggunakan sarung tangan atau sudu dan garfu saja.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang gadis merakam abangnya yang makan mengunakan sarung tangan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan nasi guna glove, tak sangka ramai boleh relate
Menerusi perkongsian video daripada @alicekayrollll, kelihatan mereka sekeluarga sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis itu sempat merakam gelagat abangnya yang makan nasi menggunakan sarung tangan lut sinar.
Gadis tersebut tidak mendedahkan sebab mengapa abangnya makan menggunakan glove itu. Namun, rakaman itu berjaya mendapat perhatian netizen yang menghidapi eczema.
"I pun makan guna glove cause eczema. Pedih mat kalau makan tak pakai glove, tambah-tambah makanan yang bertumis and pedas. Yang tahu je tahu macam mana pedih tangan lepas makan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 345.6K views, 27.4K likes dan 206 shares di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi situasi sama seperti abang gadis tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!