Pemuda Ini Tak Puas Hati Tengok Laluan OKU Curam, Tapi Komen Warganet Pula Undang Tawa
Lain macam curam dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, laluan khas bagi warga Orang Kurang Upaya (OKU) perlu dibuat dengan teliti demi menjaga keselamatan mereka
Laluan khas itulah yang membantu mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak merbahaya di tempat awam.
Namun, tular baru-baru ini mengenai sebuah video yang dirakam oleh seorang pemuda memaparkan laluan curam untuk OKU.
Lihat video penuh itu di bawah:
Membebel tak puas hati sebab laluan OKU curam sangat, boleh bahayakan nyawa
Menerusi perkongsian video daripada @exfortea, kelihatan pemuda itu sedang berada di depan sebuah premis yang terdapat laluan OKU di antara tangganya.
Apa yang membuatkan dia tidak berpuas hati adalah apabila laluan OKU tersebut dilihat sangat curam dan tidak sesuai untuk lalu kerana boleh membahayakan nyawa dan keselamatan seseorang.
"Ini OKU lalu, meninggal kau tahu tak. Kau tengok curam dia, nak mampus agaknya macam ni. Haa, bapak ah. Tengok ni, pergh!" bebelnya.
"Yang buat tu dulu main skate kot. Tak sempat nak turun dah Innalillah dia punya curam tu hahaha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 1.1M views, 118.3K likes dan 1.1K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenai laluan OKU itu. Malah, ada juga yang sempat berseloroh.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Mungkin laluan tu untuk pekerja kedai guna untuk tolak troli kot? Tapi memang curam pun, seriau tengok! :O
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!