seismik

"Kecil-Kecil Dah Complicated" - Gelagat Bayi First Time Pegang Ais Ini Buat Ramai Terhibur

Nangis tapi masih nak pegang ya baby. So cute!

Cover image via @aindzaya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telatah bayi yang comel sudah semestinya membuatkan kita geram dan terhibur

Kadangkala, respon mereka terhadap sesuatu perkara itu memang tak boleh dijangka dan sangat melucukan.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang bayi perempuan pertama kali memegang ais batu telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aindzaya

Tengok sampai habis. Korang try kat baby korang pulak

original sound - Ain Dzaya

Ibu saja buat sensory activity bagi pegang ais, reaksi anak pula menghiburkan

Menerusi video yang dikongsi oleh @aindzaya, kelihatan wanita itu cuba membuat sensory activity bersama anaknya dengan memberikan dua ketul ais di dalam mangkuk.

Tujuan aktiviti itu dilakukan adalah untuk melihat reaksi atau respon anak apabila pertama kali memegang benda sejuk.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si kecil itu memegang ais batu di depannya, dia mula menangis kerana mungkin tidak tahan dengan kesejukan ais tersebut. 

Tidak lama kemudian, dia cuba untuk memegang ais lagi sekali dan menangis semula. "Tak suka sejuk, tapi nak pegang lagi," kata ibunya.

"Ais sejuk sangat tu, patut bagi ais kurang sejuk. Salah ais la, comel haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 440.8K tontonan, 54.3K tanda suka serta 1K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakarlah awak ni dik, nak pegang ke tak sebenarnya tu? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: