Kulit Gelap Masa Umur Sebulan, Bayi Lelaki Ini Buat Ramai Terpesona Bila Dah Masuk Setahun
Kecil-kecil dah glow up!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, bayi yang baru lahir mempunyai masalah kulit kemerah-merahan atau sedikit gelap
Walau bagaimanapun, kulit mereka akan semakin tegang dan berubah dari masa ke masa mengikut genetik ibu bapa.
Malah, rupa mereka juga akan sentiasa berubah sehinggalah umur mereka mencecah satu tahun. Sewaktu itu, barulah kita dapat tengok wajah sebenar mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bayi lelaki apabila wajahnya dikatakan agak gelap semasa berumur sebulan dan telah 'glow up' sebaik saja memasuki umur setahun.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masa sebulan muka sedikit gelap, sekali terus bertukar bila dah berumur setahun
Menerusi video yang dikongsi oleh @decbabe12, kelihatan wanita itu berkongsi perubahan wajah anaknya pada usia 1 bulan vs. 1 tahun.
Semasa anaknya berusia sebulan, kulit bayi itu dilhat sedikit gelap dan mempunyai rambut yang agak nipis.
Namun, apa yang membuatkan ramai terpesona adalah apabila dia berumur setahun, kita dapat lihat banyak perubahan ketara pada wajahnya.
Bukan saja semakin cerah dan rambut yang lebat, malah ramai yang memuji kekacakannya walaupun masih kecil.
"Sama macam baby saya, masa lahir merah gelap-gelap je kulit dia. Sekarang 6 bulan putih debab" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 7.6M tontonan, 877.7K tanda suka serta 8.7K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terpesona dengan wajah bayi lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!