seismik

Budak Menjerit Nampak Lintah Dekat Kaki, Tapi Reaksi Tukang Rakam Pula Jadi Tumpuan

Maaf tergelak. Dua-dua lawak!

Cover image via @ikaidayu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selain daripada pacat, lintah juga merupakan haiwan yang ditakuti sesetengah orang kerana sifatnya yang suka melekat di kaki dan menghisap darah tanpa kita sedar

Kebiasaannya, lintah ini akan berada di dalam kawasan yang lembab seperti paya, parit dan kolam yang berlumut.

Namun, lain pula yang terjadi baru-baru ini apabila seorang budak perempuan cuba untuk menarik lintah daripada kakinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ikaidayu

jarang jarang adik tak buat hal

original sound - Eiyka Idayu II

Tengah syok rendam kaki, tiba-tiba menggelabah bila nampak lintah melekat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ikaidayu, kelihatan budak perempuan itu sedang merendamkan kakinya di dalam sebuah parit di kawasan sawah padi sambil melihat abangnya mencangkul sesuatu.

Namun, situasi tenang itu menjadi panik apabila dia mendapati seekor lintah melekat di kakinya. Budak perempuan itu automatik menjerit dan tidak duduk diam sambil cuba untuk mencabut lintah tersebut.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila si perakam yang merupakan kakaknya turut menjerit sakan kerana terkejut melihat adiknya tiba-tiba menggelupur. Malah, dia tidak cuba untuk menolong si adik. Kesudahannya, mereka berdua sama-sama menjerit.

"Hahahaha sorry tergelak sebab nampak dia tak buang apa-apa just campak angin. Sorry dik, kalau akak kat situ pun akak boleh tolong jerit je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 5M tontonan, 417.2K tanda suka dan 8.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Malah, ada yang berkata lepas ini confirm budak itu trauma dan tak akan pergi dekat kolam air sebegitu lagi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia pula pergi rendam kaki macam dalam kolam air panas ya. Mesti trauma terus tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: