seismik

"Mudah Terhibur" - Macam Faham Je, Ramai Naik Geram Tengok Baby Ini Layan Ayah Main TikTok

Nak gigit pipi tu please!

Cover image via @rainniemong (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelagat bayi yang comel sememangnya boleh menceriakan hari-hari kita

Reaksi mereka yang spontan apabila diusik oleh sesiapa saja terutamanya ibu dan ayah mereka sendiri boleh mengukir senyuman di bibir.

Malah, kadangkala kita sendiri tergelak apabila mendengar ketawa si kecil itu yang comel. Memang geram sampai rasa nak cubit je pipi tembam mereka itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan reaksi seorang bayi yang comel apabila melihat ayahnya bermain TikTok telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gelak sakan bila tengok ayah main TikTok, macam faham je siap pandang ikut kamera

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rainniemong, kelihatan dia sedang mengikuti challenge di TikTok di mana memerlukannya untuk memasang sebuah lagu dan menghalakan ke kiri, kanan, atas dan bawah untuk melihat reaksi si kecil.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila anaknya yang baru saja berumur beberapa bulan itu sudah tergelak sakan sebelum si ayah memulakan challenge tersebut.

Malah, dia juga seolah-olah faham akan apa yang perlu dibuat turut mengikuti gerakan kepala ayahnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@rainniemong Baby so excited while tiktoking # original sound - Mong CEO Dairy

"Weh sekali dengan aku ni sengih sorang-sorang, adoi comelnya awak sayang" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 3.2M tontonan, 410.2K tanda suka serta 7.3K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan geram melihat kecomelan bayi itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ish geram betul tengok pipi dia yang merah tu, kecil-kecil dah pandai main TikTok ya baby! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: