seismik

Kakak Bergambar Pegang Adik Baru Lahir, Tapi Reaksinya Lepas Itu Pula Buat Ramai Panik

Dengan kita sekali panik.

Cover image via @retpisc98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi trend zaman sekarang, para ibu bapa akan membuat sesi photoshoot bayi mereka yang baru lahir sebagai kenangan

Pelbagai jenis props disediakan oleh studio fotografi untuk mencantikkan lagi gambar si kecil yang comel.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang diminta bergambar dengan adiknya yang masih bayi telah mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru beberapa saat ambil gambar, tiba-tiba kakak selamba tolak adik ke depan macam anak patung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @retpisc98, kelihatan kanak-kanak itu sedang duduk sambil memeluk bayi yang merupakan adiknya baru lahir di depan.

Pada mulanya, sesi fotografi tersebut dilihat berjalan lancar di mana kanak-kanak itu turut memberikan kerjasama untuk bergambar dan posing seperti apa yang diminta.

Namun tidak lama kemudian, apa yang membuatkan ramai panik dan berdekah adalah apabila si kakak mula menolak adiknya kerana mungkin terlalu penat bergambar.

Reaksi spontannya itu ternyata membuatkan semua yang berada di situ panik dan cepat-cepat menyambut bayi tersebut daripada jatuh.

"Aku pula yang shock. Itu bukan boneka sayang, itu adikmu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 14.4M views, 2M likes dan 27.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan reaksi pantas kanak-kanak itu.

Malah, ramai juga yang terhibur dan membuat spekulasi sendiri mungkin dia sudah kebas atau menganggap adiknya seperti anak patung.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakarlah, dengan muka tak bersalah awak tolak adik tu ya. Nasib baiklah sempat sambut :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: