seismik

"Naik Sheikh" - Gelagat Adik Beradik Berlawan Cakap Bahasa Arab Ini Jadi Perhatian Netizen

Sekali adik bongsu bersuara, terciduk semua.

Cover image via @aisyah_ariffin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai adik beradik yang ramai pasti sangat menyeronokkan kerana suasana akan kecoh serumah jika semua berkumpul

Walaupun masing-masing sudah berkahwin dan hanya sekali sekala dapat berjumpa, hubungan akrab sesama sendiri sudah tentu tidak dapat dipisahkan.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kemeriahan adik-beradik yang balik berkumpul di rumah keluarga mereka telah bergurau dalam bahasa Arab mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aisyah_ariffin abah naik tidur jah ,tibaaa semua naik syeikh. dari kelas seni jadi kelas arob. #12bersaudara original sound - Aisyah Ariffin

Abang-abang 'naik sheikh' cakap Arab siap sakat adik bongsu, sekali semua terciduk di hujung video

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 36 saat yang dikongsi oleh @aisyah_ariffin, kelihatan dia dan adik beradiknya sedang berkumpul di ruang tamu rumah ibu bapa mereka sambil bergurau senda.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila abang-abangnya mula berbahas dalam bahasa Arab dan sempat memberikan ilmu kepada yang lain.

Lebih menghiburkan lagi, mereka sempat mengusik adik bongsu yang hanya mendiamkan diri dan tersengih sepanjang video itu.

Namun, sebaik saja si bongsu mula membuka mulutnya dan mengeluarkan dalil, mereka semua terus terciduk dan salah seorang abangnya pantas menyalam tangannya tanda bangga kerana dia juga boleh berkongsi ilmu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@aisyah_ariffin Reply to @emmahokmi adik bongsu km ni, banyak diam. tapi kalau dia bubuh ayat, terduduk semua #12bersaudara #adikkesayangan original sound - Aisyah Ariffin

"Boleh bukak kelas bahasa Arab dah ni, haha macam-macam perangai. Sekali keluar ambik kau, macam baca kitab dah member tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah pun meraih 710.4K tontonan, 75.1K tanda suka serta 1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara mereka adik beradik bergurau sambil menyelitkan ilmu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Masing-masing tunjuk power, sekali adik bongsu bersuara ambik kau! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: