"Kacang Besar Gedempol" - Gelagat Budak Perempuan Mengelat Untuk Mengaji Ini Undang Tawa
Suara adik ni macam Upin & Ipin lah. Cute je!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Melihat anak-anak membesar dan mempelajari pelbagai ilmu di depan kita sememangnya merupakan momen yang indah
Sejak mereka bayi sehinggalah membesar dan sudah pandai mengeja, mengira, mengaji dan macam-macam lagi membuatkan kita lebih menghargai si kecil itu.
Seperti video di TikTok ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang 'mengelat' semasa disuruh mengaji telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ibu suruh mengaji, tapi lain pula yang disebutnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @askargebu, kelihatan budak perempuan itu sedang belajar mengaji bersama ibunya dan seorang lagi wanita yang merupakan si perakam.
Apa yang menghiburkan adalah apabila disuruh mengaji, budak perempuan itu sengaja melengahkan masa dengan berkata "senang je, kacang, kacang hijau, kacang besar gedempol".
Ibunya di sebelah dilihat tidak dapat menahan ketawa lalu menutup mukanya. Suara budak perempuan itu juga dikatakan persis seperti kartun popular Upin & Ipin.
"Tu kalau tak ditegur habis semua kacang dia sebut, haha tapi comel" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 99.3K views, 12.2K likes dan 358 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!