seismik

[VIDEO] Lelaki Kongsi Situasi Lepas Ambil Anak Buah Balik Tadika Buat Ramai Boleh Relate

Mesti ramai pernah kena macam ni kan?

Cover image via @igarif_fauzzi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang mempunyai pengalaman mengambil anak saudara balik dari sekolah bukan?

Tambahan pula jika kita satu-satunya mak cik atau pak cik saudara yang ada dan menjadi kesayangan para anak buah, sudah tentu mereka akan manja dengan kita.

Namun, pasti ada saja agenda tersembunyi mereka setiap kali balik dari tadika atau sekolah yang kita tidak jangka.

Seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki berkongsi situasi selepas dia mengambil anak-anak buahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena 'paw' dengan anak buah, balik tadika je ajak pergi kedai runcit

Menerusi video yang dimuat naik oleh @igarif_fauzzi, kelihatan dia baru saja mengambil beberapa orang anak buahnya pulang dari tadika.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia menunjukkan situasi sebaik saja mengambil mereka dan berkata "yang pernah ambik anak buah balik tadika je yang memahami".

Rupa-rupanya, dia sering diajak ke kedai runcit dan anak buahnya meminta si pak cik saudara untuk membelikan jajan. "Habis duit aku," katanya.

"Aku ambik adik aku, satu hari habis dalam RM10 ya. Anak buah saya rumah tepi 7E, tiap-tiap hari balik sekolah Kinderjoy 5 6 biji. Botak kepala" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 538.1K views, 48.5K likes dan 869 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak buah lelaki itu.

Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi berkenaan dan berkongsi pengalaman sama apabila mengambil adik dan anak saudara mereka balik dari sekolah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuhh, boleh kering poket kalau hari-hari habis RM50 kena 'paw' dengan anak buah. Bertabahlah ya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: