Sempat 'Beletiaq' Sambil Lipat Kain, Cara Lelaki Ini Bebel Dekat Isteri Curi Tumpuan Ramai
Dah lama sangat pendam ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kerja melipat kain adalah tugas orang perempuan betul tak?
Tetapi, ada juga para suami di luar sana yang rajin menolong isteri mereka untuk menyiapkan kerja rumah seperti mencuci dan melipat kain.
Namun, tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki membebel kepada isterinya sambil melipat kain telah mengundang tawa ramai.
LIhat video penuh itu di bawah:
'Beletiaq' panjang lebar, tapi tangan tetap jalan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shadagonjeng, kelihatan dia sedang merakam suaminya yang melipat kain di dalam bilik mereka.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila suaminya itu mula berleter macam bertih jagung dan siap memerli si isteri kerana seronok bermain telefon.
"Lagi seronok jadi Shuhada, duduk atas sofa main TikTok, main Instagram, buat story, aku sampai tak dan nak pegang handphone tau dak. Shuhada kan boss, anak tak kacau. Aku nak buat apa pun tak senang, handphone sampai tak sentuh. Caj pagi 100% sampai ke malam 100% jugak," bebelnya,"
Lebih melucukan, si isteri pula tidak dapat menahan ketawa kerana terhibur melihat suaminya membebel kalah orang perempuan.
"Lawak laki bini ni, hahaha seikhlas hati dia luahkan" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 634.8K views, 55K likes dan 3.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu yang sudah biasa bergurau kasar.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Betul-betul tak puas hati tu, harap boleh settle cepat la. Nanti sampai ke esok lusa dia 'beletiaq' lagi :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!