Pemuda Kongsi Tips 'Check In' Hotel Buat Kaum Wanita, Tapi Komen Lelaki Pula Jadi Tumpuan
Take note guys!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ramai yang mengambil remeh tentang aspek keselamatan apabila setiap kali pergi bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan
Baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsi beberapa tips check in hotel di TikTok khususnya buat kaum perempuan telah mendapat perhatian para warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi tips untuk kaum perempuan, tapi lelaki pula yang terlebih concern
Menerusi perkongsian video daripada @mirzanjohor, kelihatan dia sedang bercuti di sebuah hotel yang tidak diketahui lokasinya.
Dia juga sempat berkongsi beberapa tips penting kepada kaum perempuan setiap kali check in di mana-mana hotel untuk memastikan keselamatan mereka terjaga.
Antaranya adalah letak cawan di tombol pintu, letak jari di cermin supaya tidak bertemu, tutup lampu, tawaf satu bilik dan macam-macam lagi.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila rupa-rupanya kaum lelaki lebih ramai meninggalkan komen di video itu dan bertanya sama ada mereka juga boleh menggunakan tips tersebut atau tidak.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.8M views, 287.9K likes dan 9.5 shares di TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut mengucapkan terima kasih di atas tips-tips yang dikongsi oleh pemuda tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Okay lepas ni kalau check in hotel korang bolehlah guna semua tips ni untuk langkah berjaga-jaga tau! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!