seismik

"Malas Sangat Ni" - Lelaki Kongsi Cara Mudah Basuh Pinggan Buat Warganet Tak Boleh Brain

"Aku harap kedai makan tak tiru aksi ni" - Warganet.

Cover image via @amirulazamma (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita pasti akan suka jika ternampak video perkongsian tips atau life hacks di media sosial bukan?

Iyalah, siapa je tidak suka perkara yang memudahkan kerja kita betul tak? Lebih-lebih lagi jika melibatkan kerja rumah. Memang membantu!

Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang lelaki berkongsi cara mudah untuk membasuh pinggan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba masukkan pinggan dan cawan dalam mesin basuh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirulazamma, kelihatan dia menunjukkan cara-cara membasuh pinggan kotor dengan mudah.

Tetapi, apa yang membuatkan ramai naik hairan adalah apabila dia meletakkan pinggan dan cawannya ke dalam mesin basuh.

Malah, dia siap meletakkan serbuk sabun basuh baju dan menekan suis 'on' seperti betul-betul mencuci pakaian.

"Cara mudah basuh pinggan. Korang je yang buat-buat susah," katanya.

"Aku pun malas jugak tapi tak lah seteruk ni haha, dia punya bijak tu buat aku insecure" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 876.5K views, 65.1K likes dan 2.9K shares di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat cara lelaki itu membasuh pinggan. Ramai juga yang tak boleh brain dengan tahap kemalasannya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak tahu nak cakap tips ni berguna ke tak sebenarnya, tapi terima kasih lah ya bang :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: