seismik

"The Power Of Suara Ayah" - Cara Lelaki Panggil Ayam Itik Masuk Reban Ini Cuit Hati Ramai

Dengar kata ya ayam dengan itik pun.

Cover image via @papa_jahat69 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung untuk memelihara haiwan ternakan seperti ayam, itik dan angsa

Memang seronok bila ada haiwan ternakan ini. Bukan saja dapat menjadi teman semasa kita bosan, malah gelagat mereka juga kadangkala mencuit hati.

Seperti video yang tular di laman TikTok ini yang memaparkan seorang lelaki memanggil ayam dan itik ternakannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hanya sekali jerit, semua lari berkumpul untuk masuk reban

Menerusi video yang dikongsi oleh @papa_jahat69, kelihatan si perakam menjerit kepada haiwan ternakan ayahnya untuk pulang ke reban masing-masing kerana hari sudah petang.

Namun, jeritannya itu tidak diendahkan. Tidak lama kemudian, ayahnya pula menjerit memanggil ayam dan itik di situ untuk balik.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah kesemua haiwan di situ mendengar kata si ayah terus berlari dan berkumpul di sekelilingnya untuk masuk ke dalam reban. 

"Angg, bebekk, pipitt! Balik balik balik! Kiri kanan kiri! Kiri kanan kiri!" jeritnya beberapa kali. 

"They know who's the real boss, paling syok tengok itik dari kolam pun naik balik. Hahaha bijak dan comel" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M tontonan, 142K tanda suka serta 4.8K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ayam dan itik ternakan lelaki itu yang bijak mendengar kata tuannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je masing-masing terkedek-kedek naik atas. Tahu takut bila otai dah panggil balik ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: