Nampak Kelibat 2 Ekor Tapir Dekat Tengah Jalan, Tapi Voice Note Mak Cik Pula Menghiburkan
Kesian tapir tu kena fitnah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam setiap group WhatsApp keluarga besar, pasti akan ada seorang dua yang sering membuat lawak atau mempunyai sikap suka hiburkan orang lain betul tak?
Kadangkala, soalan atau ayat yang keluar daripada mereka tidak masuk akal dan boleh membuatkan ramai naik geram.
Namun, mereka jugalah yang menjadi penghibur ketika suasana sedang tegang atau apabila group WhatsApp itu sunyi.
Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan reaksi seorang mak cik apabila ternampak gambar kelibat dua ekor tapir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak buah hantar rakaman dua ekor tapir sesat di Gemas, tapi soalan mak cik dekat voice note pula undang tawa
Menerusi video yang dikongsi oleh @_aadlishah, kelihatan lelaki itu menghantar sebuah video ke dalam group WhatsApp keluarga besarnya.
Rakaman itu menunjukkan dua ekor tapir sedang melintas jalan yang dipercayai di Gemas, Negeri Sembilan.
Tetapi, apa yang membuatkan ramai gelak sakan adalah apabila salah seorang mak ciknya bertanyakan soalan yang lucu iaitu "tapir tu apa, babi ke?".
Lebih melucukan lagi, walaupun mereka sudah menunjukkan gambar tapir di Wikipedia, mak cik itu tetap tersalah teka dengan menyebut haiwan itu sebagai gajah dan panda.
"Kena ajak pergi zoo ni, hahaha kesian tapir tu dibabikan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 326.4K tontonan, 47.9K tanda suka dan 638 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur selepas mendengar voice note mak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Alahai, jenuh nak explain ni dah tunjuk gambar pun tak dapat teka dengan betul lagi. Kelakarlah mak cik! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!