seismik

[VIDEO] Abang Caring Tenangkan Cousin Takut Belon, Tapi Reaksi Adik Pula Curi Tumpuan

Lawaklah muka adik dia, macam tak tahu apa yang tengah berlaku.

Cover image via @noor___hamdan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap daripada kita pasti mempunyai sepupu yang rapat sejak kecil bukan?

Merekalah kawan bermain dan teman untuk meluangkan masa lapang bersama setiap kali ada perjumpaan keluarga.

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila gelagat seorang budak lelaki di majlis hari jadi sepupunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@noor___hamdan

Si adik dengan dunia sendiri, si abang sayang betul sepupu dia

original sound - Noor Hamdan

Abang bukan main tenangkan sepupu menangis sebab takut belon, adik pula dengan dunia sendiri

Menerusi video yang dikongsi oleh @noor___hamdan, kelihatan ketika itu sedang berlangsung majlis hari jadi sepupu kepada dua orang budak lelaki tersebut.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila seorang budak perempuan dilihat tiba-tiba menangis selepas mendengar bunyi belon meletup.

Budak lelaki berbaju merah pula spontan memeluk dan mengelap air mata sepupunya itu untuk menenangkannya.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila reaksi dan muka kusut adik lelakinya yang duduk seorang diri di tepi meja membuatkan ramai tergelak. Dia seolah-olah dengan dunianya sendiri dan tidak mahu bergaul dengan yang lain.

"Ala abang baju merah tu sweetnya. Adik be like, apa yang sedang berlaku ni? Haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 13.3M views, 2.1M likes serta 34.8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat si adik yang berada di dalam dunia khayalannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin adik dia masih mengantuk tu, dia tengah fikir nak tidur mana :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: